Thursday, April 7, 2011

Sudah Tertulis..Itu Rezeki Aku (Part 1)

Sudah lama mendapat perkhabaran baik itu...tapi baru sekarang terasa ingin berkongsi cerita...

Bermula dengan desakan mak & ayah yang meminta aku menjadi cikgu... Aku mengisi borang KPLI dengan bisik di hati "alah..puaskan ati mak ayah je ni..ramai yang mohon pon katanya susah nak dapat".

Menjawab soalan mtest buat kali pertama dengan tiada perasaan... belajar sehari sebelum ujian... sedangkan dalam hati "tau dah tak dapat..sebab orang amek mtest ni sampai 5-6 kali pon belom tentu dapat".

Keputusan mtest keluar.. aku LULUS! tak sangka betul..  Diminta pergi ke interview... Sangat tidak prepare kerana busy dengan majlis perkahwinan kak long + busy keje sebagai eksekutif akaun + dilanda demam yang teruk sehingga hanya bersuara "angin"... hahaha... Sejam interview hanya bertekak kerana interviewer suruh saya ambil KH, sedangkan aku mohon pendidikan khas...

 
Beberapa bulan selepas itu, aku diminta outsation di Sabah, membantu auditor untuk mengaudit SSM Sabah. Pada masa yang sama, keputusan interview keluar.. oh.."ANDA BERJAYA"... Masih dalam hati 50-50 untuk pergi... Malam itu juga, mak & ayah telefon daripada Mekah.. "Syukur Alhamdulillah..mak & ayah suka sangat dengar awak dapat"... Mendengar ayat mereka, aku tahu apa yang perlu aku buat...


1 comment:

  1. waah..tahniah. dh de blog sndiri..nice one...keep it up...semoga terus cemerlang..

    ReplyDelete