Saturday, December 24, 2011

Happy + Sedih

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... isu perpindahan aku selesai juga akhirnya... Perasaan? Mestilah happy selepas tergantung tak berkesudahan... Aku jadi tertekan bukan sebab aku tak suka sekolah tu, tapi aku cuma nak tau status aku..kekal atau pindah. Tapi bila dah selesai ni, aku dah tak mahu kenang 'tempoh sukar' tu...
Tapi dalam masa yang sama, tipu aku kata kalau aku tak sedih... Sedih sangat-sangat tinggalkan sekolah yang banyak beri pengalaman berguna pada aku... GB yang beri kebebasan dalam mencorak kerjaya di sana, barisan GPK yang senang dibawa berbincang, juga sedih bila kenangkan kawan-kawan kat sana..yelah..dah 3 tahun lamanya... Housemate juga bakal dirindui.. Lepas ni tentu dah jarang dengar celoteh si fieda & kak Z...

Orang asyik tanya, kenapa nak pindah? Enjoy hidup selagi bujang kata mereka... Tapi bagi aku, sebab aku bujanglah aku nak ambil peluang ni jaga mak dan ayah... Agar aku dapat berbakti selagi mereka ada. Andai kata aku berkahwin satu hari nanti, mesti aku akan ikut suami lepas tu... Hmmm... terpulang pada persepsi individu... :)

Apa pulak nasib di sekolah baru..gerun jugak... Ramai 'cikgu-cikgu' aku dulu bakal jadi rakan sekerja... apapun, aku akan cuba lakukan yang terbaik ...

Tuesday, November 29, 2011

29 November 2011

29 November 2011





Seawal jam 4 pagi telah terjaga dari tidur... Berdebar... Ada apa dengan hari ini????

Bersabar sekian lamanya.... Resah setiap saat... Runsing sehingga kini... Maka hari ini bakal menentukan segala-galanya ... Syukur kepada Allah s.w.t bila Jumaat lepas telah membuka jalan yang tidak disangka-sangka... Cumanya... apa saja yang bakal berlaku hari ini tidak lagi aku ketahui... Jika Allah kehendaki...maka jadilah ia... Jika tidak..aku harus pasrah dan redha... Kerana siapa yang mampu melawan kuasa yang Esa???? 



Friday, November 25, 2011

Planning.... Pening

Apa plan aku cuti sekolah ni???

Ye..sebelum tahun baru... aku kene buat azam aku sendiri..kalau tak tercapai..baru aku jadikan azam tahun depan...hehehe
Ok... start 1st December ni.. aku kene...

1. Berusaha untuk kurangkan berat badan..dah menjadi-jadi dah ni... kene control... Bila stress bukan jadi makin kurus... tapi makin banyak makan..aku dah lantik trainer...iaitu adik aku bongsu aku sendiri.. Kenapa pilih dia??? Sebab dia pun dah kurus banyak... dan laser..mesti aku tak tahan kan dengar dia bebel...huhuhu

2. Lebihkan solat-solat sunat yang susah nak dibuat masa sekolah dah start... Jika dulu boleh..kenapa sekarang tidak??? Dulu hati sentiasa tenang..sekarang asek runsing je... So syaitan...syohhhhh..pegi jauh-jauh..ngeeeee

Tu dua je impian aku... hopefully tercapai la hendaknya... Cepat tadah tangan....Aminnnn...



Thursday, November 24, 2011

Penantian Satu Penyiksaan!

Ok... Lihat gambar di bawah...

Alhamdulillah...akhirnya dapat jugak tukar...  katanya boleh check 14hb..tapi 10 November dah boleh check rupa-rupanya....

Selang sehari selepas itu...tau pulak penempatan....

Apa yang best??? 
1. Dapat sekolah aku belajar sekolah rendah dulu... SKSR di hatiku...huhuhu
2. Satu sekolah dengan mak...Jimat kos... boleh jadi anak kesayangan... :)
3. Sekolah aku praktikum KPLI.... Cemerlang (A) tau masa praktikum...
4. Rata-rata cikgu kat sini aku dah kenal...

So...apa yang dinanti? apa yang terseksa??? Of course la tunggu SURAT RASMI tiba... lambatnya.... berdebar jugak sebab semua cikgu yang dapat pindah dah dapat surat... cuma aku SORANG yang belum... Dah la aku ada baca pengalaman cikgu-cikgu lain yang menakutkan...ramai jugak yang kata tetiba keputusan dibatalkan...Masalah teknikal...salah taip...bla..bla..bla...

Jadi aku ni sekarang masih di awangan... nak kemas2 barang pon susah... tak tau jadi pindah ke tak ni... 

Ya Allah... Engkau ampunkanlah dosa-dosaku... Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku.... Ya Allah... Engkau lindungilah aku... Ya Allah... Engkau tunjukkanlah apa yang terbaik untukku... Allah Maha Besar.... Allahhuakbar!!!!!!

Thursday, April 7, 2011

Sudah Tertulis... Itu Rezeki Aku (Last)

Tahun 2011...

Ditukarkan ke sesi pagi... Sedih jugak, sebab dah selesa di petang... dan rakan-rakan baik; Juriah + Azwani dah berpindah sekolah... Fiedah pulak masih di petang.. lonely.. Tahun ni lagi banyak jawatan besar yang diberi dan tahun pertama ajar tahun 6... 

Dalam pada tu, dah terlupa pasal APC sehinggalah satu pagi, GB menegur.. 

GB : Marliza, tahniah ye.
Me : Tahniah??? Tahniah apa?
GB : Nanti jumpa Fairose

Rupa-rupanya GB nak bagitau aku dapat APC untuk tahun 2010. Syukur, tapi dalam masa yang sama risau dengan 'cakap-cakap belakang' rakan sekerja...

Apapun.. Alhamdulillah, sudah tertulis... ini memang rezekiku... Thank you Allah! Aku percaya, kalau kita kerja ikhlas kerana Allah, tak harapkan balasan... pasti akan ada ganjarannya. (^_^)


 

Sudah Tertulis... Itu Rezeki Aku (part 2)

Tahun 2008... mendaftar KPLI di IPGM Tun Hussein Onn seorang diri kerana pada tarikh yang sama, mak & ayah kembali ke Malaysia daripada Mekah... 
2 minggu pertama di maktab.. masih teringat pada keje lama.. Kadang2 rasa seronok..kadang2 rasa menyesal... hehehe.. sehinggalah masuk bulan ke 4.. dalam doa, tak putus-putus aku memohon " Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku"

Pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah semasa praktikum.. aku sudah bertekad..lupakan semua "kenangan manis" semasa keje dulu... aku nak buat yang terbaik... Tidak tido malam menyiapkan BBM untuk murid.. 

Alhamdulillah..semuanya terbalas.. aku mendapat CEMERLANG semasa praktikum meskipun pensyarah yang menilai tersangatlah menakutkan....Syukur sangat-sangat. Kembali ke maktab dan duduki exam... dan berakhirlah setahun KPLI dengan penuh suka dan duka.

Sekolah pertama - SK Kota Masai..mempunyai murid melebihi 3300 orang... sangat mencabar...mengajar darjah satu kelas terakhir pulak tu... 3 bulan pertama sangat down... kerja pengurusan yang banyak.. dengan murid yang hyperaktif... Kamilah kerani, kamilah cikgu, kamilah pencuci berak budak, kamilah segala-galanya...Masa tu hanya satu di fikiran... "QUIT THE JOB" ... tapi mungkin dengan berkat doa ayah & mak.. aku masih mampu bertahan... masuk bulan ke 4, aku mula mendapat rentak... "bekerja kerana Allah"... Alhamdulillah... satu persatu 'masalah' aku boleh hadapi.

Tahun 2010 ; aku masih di sesi petang, sedangkan kawan2 satu batch yang lain kebanyakkannya sudah ke sesi pagi.  Naik rimas aku menjawab soalan "kenapa bukan ko yang ke pagi? kenapa si polan..si polan? pentadbir silap orang!" aku cuma jawab "kenapa dengan petang? saya suka apa mengajar petang. Pentadbir boleh pilih sapa yang mereka mahu kan"

Tahun itu juga aku diamanatkan jadi penyelaras tahun 3 petang - Merangka program aliran, berurusan dengan guru2 kelas tahun 3, dll... Dalam masa yang sama masih menjalankan tugas setiausaha panitia sains, audit dalaman, penyelaras persatuan bm & penyelaras inovasi dalam p&p. Tahun itu juga aku berjinak2 dengan sofbol peringkat MSSJ dengan ajakan kak Azwani...

Dan... pada akhir tahun lalu, aku disenaraikan menjadi salah seorang calon APC (Anugerah Pekerja Cemerlang). Menggeletar... Tak lena malam... Sebab aku tak suka bila orang yang tak tahu pasal keje aku..bercakap belakang seperti yang dialami oleh housemate aku bila diumumkan sebagai calon APC. Esoknya, aku berjumpa dengan GPK dan bertanya "kenapa saya?" hahahha... Aku memang target nak mendapat anugerah itu..tapi bukan dalam masa yang singkat...

Dalam hati berdoa... "Harap2 orang tak tau la aku dicalonkan.. lagipun bukan terus dapat..kan calon aje"... Dan tahun 2010 aku tinggalkan dengan penuh kenangan

bersambung...

Sudah Tertulis..Itu Rezeki Aku (Part 1)

Sudah lama mendapat perkhabaran baik itu...tapi baru sekarang terasa ingin berkongsi cerita...

Bermula dengan desakan mak & ayah yang meminta aku menjadi cikgu... Aku mengisi borang KPLI dengan bisik di hati "alah..puaskan ati mak ayah je ni..ramai yang mohon pon katanya susah nak dapat".

Menjawab soalan mtest buat kali pertama dengan tiada perasaan... belajar sehari sebelum ujian... sedangkan dalam hati "tau dah tak dapat..sebab orang amek mtest ni sampai 5-6 kali pon belom tentu dapat".

Keputusan mtest keluar.. aku LULUS! tak sangka betul..  Diminta pergi ke interview... Sangat tidak prepare kerana busy dengan majlis perkahwinan kak long + busy keje sebagai eksekutif akaun + dilanda demam yang teruk sehingga hanya bersuara "angin"... hahaha... Sejam interview hanya bertekak kerana interviewer suruh saya ambil KH, sedangkan aku mohon pendidikan khas...

 
Beberapa bulan selepas itu, aku diminta outsation di Sabah, membantu auditor untuk mengaudit SSM Sabah. Pada masa yang sama, keputusan interview keluar.. oh.."ANDA BERJAYA"... Masih dalam hati 50-50 untuk pergi... Malam itu juga, mak & ayah telefon daripada Mekah.. "Syukur Alhamdulillah..mak & ayah suka sangat dengar awak dapat"... Mendengar ayat mereka, aku tahu apa yang perlu aku buat...


Friday, February 18, 2011

I'm officially 29! Alhamdulillah...Syukur

Semalam, 17hb Februari 2011
Saya dapat 1 sms dan 1 call yang wish birthday saya... Kedua-duanya tersalah tarikh...ingatkan semalam adalah 18hb... Yelah.. orang sibuk keje mengira duit je...dah lupa tarikh agaknya... hahaha


Hari ini, 18hb Februari 2011

Sms & call bertalu-talu + wishes diterima di facebook... terima kasih semua atas ingatan & doa kalian. Sedih pulak rasanya bila dah menginjak usia 29 tahun... Dah tua rupanya padahal dalam kepala ingat masih 25 tahun... hahaha...perasan!

Alhamdulillah....
Aku masih mampu bernafas
Degupan jantung masih dapat dirasai 
Darah ini masih mengalir deras
Dan hingga saat ini, aku masih diberi peluang untuk merasai nikmat yang Engkau pinjamkan...

Terima kasih ya Allah.. terima kasih...
Jadikanlah aku hambaMu yang taat...


Saturday, February 5, 2011

Pandangan Berbeza Lelaki-Wanita

Satu kejadian di bilik guru...

Seorang rakan guru perempuan (A) bertanya sesuatu kepada saya... 

Dengan beberapa cadangan solusi, saya cuba membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya...

Beberapa minit kemudian... 
Datang pula seorang rakan guru lelaki (B) ingin berbincang tugasan dengan saya...

Kesempatan ini diambil oleh (A) untuk bertanya si (B) cara menyelesaikan masalahnya...

(B) memberikan solusi yang hampir sama seperti yang saya cadangkan...

Mereka berbincang...

Saya diam... memerhatikan mereka... Tiada apa yang pelik!

Si (A) berlalu selepas puas hati dengan cadangan yang diberi saya dan (B)...

Si (B) memandang kembali kepada saya... terus berkata...
"Eiiii...geli la... meremang bulu roma"

Saya? Gelak "setan" lepas tu...selepas faham apa yang (B) maksudkan...


*Terfikir... begitukah agaknya pandangan lelaki terhadap perempuan yang manja?




EjaLiza

Wednesday, February 2, 2011

Yuhuuuu... Dapat angpow

Xin Nian Kuai Le!

Teruja aku bila masih lagi dapat angpow daripada jiran-jiran terdekat



Dan isinya pulak...


Dan semua ni kene di share antara aku, ariff, adik & aimy... Along dah di kick out dalam list penerima since dia dah kawen... hahaha... sebab menurut adat orang Cina, "once you're married, you are not entitled to get angpow"... Sorry lor!


EjaLiza

Tuesday, February 1, 2011

Projek CNY

Yayyy.. CNY cuti 1 week!

Suka? Hmmmmm....

Nama je cuti seminggu... Tak macam cuti pon... banyak projek yang kene dibuat masa cuti ni... Hopefully before Wednesday - 2nd February, everything boleh settle...Leh berjalan sakan pastu...

Walaupun aku Ketua Panitia / Penyelaras, tapi aku rasa lebih senang kalau aku maintain bende2 ni sendiri... bila ada program, baru la aku libatkan cikgu2 lain... Prinsip aku senang.. "Aku je faham apa yang aku nak, kualiti kerja apa yang aku nak capai"...

Okey..ni projek yang aku kene buat masa cuti ni :

1. Aktiviti : Dokumentasi 1st Meeting Panitia KH
    Status : 100% complete



2. Aktiviti : Dokumentasi 1st Meeting Unit Keceriaan
    Status : 40% complete - 60% WIP
    *update 1st Feb 2011 @ 6.30 pm* Status : 100% complete



3. Aktiviti : Pelan Strategik/Taktikal/Operasi/SWOT Analisys Unit Keceriaan
    Status : 0% complete -100% WIP
   *update 1st Feb 2011 @ 6.30 pm* Status : 100% complete 

4. Aktiviti : Dokumentasi 1st Meeting Inovasi Dalam P&P
    Status : 20% complete - 80% WIP



5 : Aktiviti : Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk Keceriaan Bengkel KH
     Status : 100% complete


Special request from my supermom
Aktiviti : Pelan Strategik/ Taktikal/ Operasi Panitia Kajian Tempatan SKSR 2011
               Status : 100% complete


*Hampir pengsan ni...hihihi*

EjaLiza

Sunday, January 30, 2011

Just Engaged

::15-01-2011::

Wooo hoooo...My BFF, Enab just got engaged.... Bravo my friend!!!

Nab & EnTuang, 
Ain't love sweet? Congrats you two! Can't wait for the big celebration!




Penyepit-penyepit - also known as purple girls... :)



Who's next???? Surprise!!! 

Just wait & see.. 


EjaLiza

Saya Tak Kreatif! Saya kotak!!!!

Setiap kali awal tahun... cikgu-cikgu akan dapat buku Rekod Mengajar yang baru... Nak letak isi dalamnya satu hal... Dan yang paling memeningkan ialah macam mana cara nak menghias buku rekod tu... Aku kan budak akaun... lecturer label kami "square" Aku pulak rasa aku kotak!... Mana pandai nak kreatif-kreatif ni... Bak kata emma "Ko kan yang lukis orang & bunga pakai pembaris"...hihihi

Tahun-tahun lepas...aku ikut je 'kepala' aku... Just sampul simple2... dalam hias cantik-cantik... lagipun ramai yang buat macam tu... tema 2 tahun berturut-turut.. "Simple but Nice"... Tapi tahun ni aku dah ke sesi pagi.... ni yang aku lemah.. kakak2 ni buat punyalah grand semacam... ada yang penuh perada..ada yang bulu-bulu... hahahaha... 

Dalam kepala otak aku ni ada dah idea... tapi bahan-bahannya takde la pulak... camne tu.. Kebetulan x-housemate kata nak tempah... dia tempah RM 39++ kat kedai hantaran... Yes... ada idea... 

Makanya for the first time... aku ikut dia ke kedai tu... Aku pilih material yang nak diguna..mix & match kan apa2 yang patut.. pilih renda yang menarik... bagitau dia aku nak macam mana... So.. terkejut jugak bila dia kata kosnya cuma RM25 siap upah...hahaha..murah la pulak... beli bahan je dah berapa kan... Aku bukan tak boleh buat.. "glue gun" takde... "masa" nak buat pun takde... hahah..alasan... Yang penting konsep & idea asal datangnya daripada aku sendiri...

Esoknya, sebelum sampai kedai tu..dalam hati punya la risau... sebab nak tengok hasilnya...yelah.. bila tgk x-housemate punya yang lagi mahal daripada aku pun hasilnya simple gila...apatah lagi aku punya yang murah tu... Sampai je kedai..dup..dap..dup..dap...hehe..inilah hasilnya...
.
.
.
Yessss!!!! ..seperti yang aku nak... Lepas tu aku hiaskan la dalamnya.. sekali tebal la pulak...susah nak tutup... Camne nak buat ni... Idea!

Aku pegi rumah tukang jahit favourite aku..Cik Mah... "Cik Mah..tolong buatkan butang boleh? Nak buat macam diari" Nasib baik Cik Mah nak layankan aku yang gila ni... Dan bila ambil buku tu...hasilnya...
.
.

.
Puas hati... sangat-sangat... tapi bila tengok-tengok balik.. Ya Allah... overnya buku aku..malu la pulak... Ni memang "bukan aku"...  Tengok buku rekod sendiri... rimas!!! hahaha... Tapi bila ramai yang kata lawa... Ok la tu kan... :P

Next time nak cuba buat sendiri...bukan susah sangat pon..yang penting pilih material yang menarik dulu!


EjaLiza

2011... Azam Baru

MasyaAllah.. 

Dah esok dah nak masuk bulan February 2011...  Demi masa, sesungguhnya... hmmm...

Terfikir juga...
Apalah yang dah aku bazirkan sepanjang 28 tahun hidupku...

Tahun ni agak special bagiku... selain menginjak usia 29 tahun (uwaaaaaa...tua dah), aku dapat cabaran baru... First year ajar Tahun 6... Takut..Nervous... Perlu fokus dari sekarang...

Kawen? ada jodoh...InsyaAllah... Doa & usaha berterusan...


EjaLiza