Thursday, August 6, 2009

:: Serba Baru ::

Wow...

2009... kenangan terindah dalam hidup aku. Banyak perkara baru yang aku lalui dalam hidup... ada suka..ada duka. Tapi bersyukur sangat-sangat sebab hari-hari yang aku lalui membawa 1001 makna dalam hidup aku.

1. Pertama kali posting.
Sejak masuk kpli, aku memang berdebar menunggu saat ni. Bukan takut ditempatkan di mana, cuma gementar untuk memulakan kerjaya baru. Dan akhirnya..dapat gak kat Johor...Pheeewww.
Sekolahnya ok tak? hmm..biarlah rahsia.


2. Pertama kali dapat anak buah.
Kak long lahirkan Nur Aimy Azzalea pada 31 Januari 2009. Syukur sangat-sangat dikurniakan anak buah yang cukup sifat, comel dan penghibur hati lara.




Aimy selepas 3 hari


Aimy sekarang


lagi... dan lagi...


3. Pertama kali mengerjakan umrah.
Syukur pada Allah...aku antara insan terpilih menjejakkan kaki ke Tanah suci Mekah. Aneh.. di sini tiada siapa paksa orang untuk sembahyang..tetapi setengah jam sebelum azan, orang berpusu-pusu ke Masjidil haram. Peniaga meninggalkan barang jualan begitu sahaja. Aneh juga bagi aku yang jarang menangis ini. Air mata tidak boleh ditahan. Aku yang liat nak sembahyang sunat menjadi begitu rajin melakukan pelbagai solat sunat. Alhamdulillah di atas kesihatan dan rezeki Mu. Next entry maybe aku akan share pengalaman di sana. Dah lama nak tulis tapi tiada kelapangan masa.

So... itulah 3 perkara penting yang aku lalui setakat ini. Oh ya..semalam aku dah dapat surat tawaran pelantikan ke jawatan tetap. So bergegas ke Pusat Kesihatan UTM Skudai. Senang, takyah appointment, leh siap dalam beberapa jam. Syukur sekali lagi Ya Allah atas rezekiMu.




No comments:

Post a Comment