Tuesday, August 11, 2009

Konvokesyen KPLI

Konvokesyen KPLI di IPGM Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat


Masuk kali ni, dah tiga kali aku merasa diraikan sebagai graduan...Konvokesyen KPLI aku diadakan pada 28hb Mei 20009, iaitu 2 hari sebelum aku berangkat ke Madinah.

Konvo kali ni aku tak rasa excited langsung. Maybe sebab dah penah rasa 2 kali. Satu lagi sebab di saat-saat getir (konvo + persiapan nak pegi umrah) aku terima lagi call dari sekolah. Kalau ikut hati, nak aja aku off handset sebab SAPR16 tu aku dah bagi awal2 pada penyelaras peperiksaan. Tapi dia yang lupa nak bagi kat ketua penyelaras. Pening betol masa tu.


Geng-geng rapat & sengal

Satu-satu perkara yang paling membuatkan aku happy ialah dapat jumpa balik dengan kawan-kawan seKPLI. Ada yang dah nak kawen, ada yang dah bawak perut & ada lagi yang masih sengal-sengal ubi macam dulu..hahahha...

Aku just bawak badan je gi konvo hari tu. Lupa nak bawak kamera..hahaha..so, kredit to kak lea sebab ada jugak snap gambo aku...Nilah beberapa gambar yang sempat aku ambil dari kak lea...

Sengih je la


Tak sangka aku boleh rapat dengan anak cikgu Eton ni...Jadi rumet lagi


Entah bila dapat berjumpa lagi :(

Thursday, August 6, 2009

:: Serba Baru ::

Wow...

2009... kenangan terindah dalam hidup aku. Banyak perkara baru yang aku lalui dalam hidup... ada suka..ada duka. Tapi bersyukur sangat-sangat sebab hari-hari yang aku lalui membawa 1001 makna dalam hidup aku.

1. Pertama kali posting.
Sejak masuk kpli, aku memang berdebar menunggu saat ni. Bukan takut ditempatkan di mana, cuma gementar untuk memulakan kerjaya baru. Dan akhirnya..dapat gak kat Johor...Pheeewww.
Sekolahnya ok tak? hmm..biarlah rahsia.


2. Pertama kali dapat anak buah.
Kak long lahirkan Nur Aimy Azzalea pada 31 Januari 2009. Syukur sangat-sangat dikurniakan anak buah yang cukup sifat, comel dan penghibur hati lara.




Aimy selepas 3 hari


Aimy sekarang


lagi... dan lagi...


3. Pertama kali mengerjakan umrah.
Syukur pada Allah...aku antara insan terpilih menjejakkan kaki ke Tanah suci Mekah. Aneh.. di sini tiada siapa paksa orang untuk sembahyang..tetapi setengah jam sebelum azan, orang berpusu-pusu ke Masjidil haram. Peniaga meninggalkan barang jualan begitu sahaja. Aneh juga bagi aku yang jarang menangis ini. Air mata tidak boleh ditahan. Aku yang liat nak sembahyang sunat menjadi begitu rajin melakukan pelbagai solat sunat. Alhamdulillah di atas kesihatan dan rezeki Mu. Next entry maybe aku akan share pengalaman di sana. Dah lama nak tulis tapi tiada kelapangan masa.

So... itulah 3 perkara penting yang aku lalui setakat ini. Oh ya..semalam aku dah dapat surat tawaran pelantikan ke jawatan tetap. So bergegas ke Pusat Kesihatan UTM Skudai. Senang, takyah appointment, leh siap dalam beberapa jam. Syukur sekali lagi Ya Allah atas rezekiMu.