Tuesday, September 4, 2012

Kurus?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...lega rasanya dah selesai majlis open house Aidilfitri... Sakit pinggang, sakit kaki masih lagi terasa... Maklumlah..kekurangan kakitangan...heee...

Sebut pasal raya, soalan paling famous yang ditanya pada aku ialah... 
"Kenapa boleh kurus?"
"Macam mana boleh kurus?"

"Kenapa boleh kurus?"
Percaya tak.. kuruskan badan ni memang menjadi azam aku setiap kali tahun baru dari tahun 2008?  Tapi biasalah... banyak sangat godaan sampai satu tahap rasa dah bosan... Setan selalu hasut dalam fikiran..aku ni memang tak boleh kurus sampai bila-bila. Ngeee...

Pakcik Noh (bukan nama sebenar) - Hei bonzer... Sendo nya badan ko...
Roy R. (bukan nama sebenar) - Nama je anak dara, tapi badan tak macam anak dara
Faiz D. (bukan nama sebenar) - Ketepi..ketepi...Kenderaan berat, ikut kiri
Suzi M. (Bukan nama sebenar) - Perrgghhh...badan macam badak... Badak pon kalah

dan banyak lagi...

Feedback aku selalunya.. gelak & balas dalam bentuk gurauan...tapi sebenarnya makan dalam tau! Sapa yang tak terasa hati bila orang mengata pasal badan kita? Tipu la kalau ada orang kata tak terasa kan...

Tapi tulah..kehidupan di SK Kota Masai (SKKM)  menambahkan lagi nafsu makan aku... Bayangkan, pukul 10 malam, bila stress,mesti ke McD... pegi tesco, beli ayam panggang... makan aiskrim... bila otak banyak berfikir, automatik memang jadi lapar... 

Dan dalam bulan Oktober 2011, tetiba rasa sangat NEKAD nak kurus... dah tak tahan dengan badan sendiri... Insaf bila baca orang berpenyakit dengan pemakanan... So... nekad..tekad... dan alhamdulillah hampir berjaya... 

Salah satu faktor, aku sekarang dah pindah ke kampung...duduk dengan mak... patutnya lagi gemuk kan...tapi mak, ayah & family memang bagi sokongan usaha aku ni... Lagipun kat sini takde geng nak keluar malam kalau lapar..So, asal lapar je...terus ambil bantal & tido... huhu

Oktober to November 2011 --> 84kg - 82kg
Disember 2011 - 82kg --> 78kg (stress pasal isu pindah sekolah...hehhe... jadi tak lalu makan) 

Ogos 2012 ->  52.4kg (harap-harap boleh maintain)

Takmo turun lagi dah... orang kata tak cantik... takut jadi macam orang sakit... Just nak tumpu pada shaping aje... 

Next nak share apa yang aku makan.. produk apa yang aku guna... :P

Dah 5.30 pagi... nanti sambung...nak bersiap ke sekolah.. ngeee

Thursday, February 9, 2012

Aku Menyesal Telah Membuatmu Menangis!

"Ok..kamu boleh mula buat latihan seperti yang saya dah tunjukkan tadi.. Kalau ada masalah, angkat tangan."

10 minit berlalu...rata-rata murid dah siap 1/3 latihan yang diberi.Sambil "membebel" menyuruh murid tulis dengan cantik & kemas...tiba-tiba mata tertancap pada buku seorang murid.

"Firdaus (bukan nama sebenar)... Kenapa kamu baru tulis tarikh dengan hari ni je? Tengok kawan-kawan kamu...Dah nak siap keje yang saya bagi."

Dia terkebil-kebil... Saya berjalan ke arah lain untuk melihat hasil kerja murid lain.

" Sekarang dah masa rehat...yang dah siap, hantar buku dan boleh beredar... yang belum, siapkan dulu"

5 murid masih khusyuk menulis, manakala yang lain tertawa riang menuju ke kantin.
Tinggal 3 orang.
Tinggal seorang.

"Firdausssssssssss....dari tadi ini saja yang kamu tulis? **Istighfar dalam hati** 
Memang pantang kalau budak tak siap keje.

"Masa rehat tinggal 15 minit..Pegi makan dulu... Bawak buku kamu..sebelum balik hantar semula"

Saya menanda buku. Masa rehat tinggal 5 minit. Tiba-tiba terdengar suara esakan di sebalik pintu bengkel.

"Eh..eh..Firdaus..kenapa dengan kamu ni?"
"Cikgu, macam mana saya nak siapkan...baca pun saya tak tahu...saya tak tahu tulis"
"La..ye ke? Maaf la... saya tak tahu kamu tak boleh baca. Lepas ni saya fotostatkan mind map untuk kamu. Dah tu kenapa kamu menangis?"
"Takutttttttt"

Sedih pulak bila tengok dia menangis... Di sekolah baru ni, dah 3 murid menangis tanpa saya sentuh...hanya dengan kata-kata tegas. Cuma peliknya.. dalam kelas mereka "menikus" tapi waktu biasa masih boleh menyapa seperti biasa.

Balik tadi lepas solat terbayang muka si Firdaus...Garang sangat ke agaknya teacher Marliza ni...Haishhh... Yang penting sangat menyesal bila tengok budak menangis!