Tahun 2008... mendaftar KPLI di IPGM Tun Hussein Onn seorang diri kerana pada tarikh yang sama, mak & ayah kembali ke Malaysia daripada Mekah...
2 minggu pertama di maktab.. masih teringat pada keje lama.. Kadang2 rasa seronok..kadang2 rasa menyesal... hehehe.. sehinggalah masuk bulan ke 4.. dalam doa, tak putus-putus aku memohon " Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku"
Pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah semasa praktikum.. aku sudah bertekad..lupakan semua "kenangan manis" semasa keje dulu... aku nak buat yang terbaik... Tidak tido malam menyiapkan BBM untuk murid..
Alhamdulillah..semuanya terbalas.. aku mendapat CEMERLANG semasa praktikum meskipun pensyarah yang menilai tersangatlah menakutkan....Syukur sangat-sangat. Kembali ke maktab dan duduki exam... dan berakhirlah setahun KPLI dengan penuh suka dan duka.
Sekolah pertama - SK Kota Masai..mempunyai murid melebihi 3300 orang... sangat mencabar...mengajar darjah satu kelas terakhir pulak tu... 3 bulan pertama sangat down... kerja pengurusan yang banyak.. dengan murid yang hyperaktif... Kamilah kerani, kamilah cikgu, kamilah pencuci berak budak, kamilah segala-galanya...Masa tu hanya satu di fikiran... "QUIT THE JOB" ... tapi mungkin dengan berkat doa ayah & mak.. aku masih mampu bertahan... masuk bulan ke 4, aku mula mendapat rentak... "bekerja kerana Allah"... Alhamdulillah... satu persatu 'masalah' aku boleh hadapi.
Tahun 2010 ; aku masih di sesi petang, sedangkan kawan2 satu batch yang lain kebanyakkannya sudah ke sesi pagi. Naik rimas aku menjawab soalan "kenapa bukan ko yang ke pagi? kenapa si polan..si polan? pentadbir silap orang!" aku cuma jawab "kenapa dengan petang? saya suka apa mengajar petang. Pentadbir boleh pilih sapa yang mereka mahu kan"
Tahun itu juga aku diamanatkan jadi penyelaras tahun 3 petang - Merangka program aliran, berurusan dengan guru2 kelas tahun 3, dll... Dalam masa yang sama masih menjalankan tugas setiausaha panitia sains, audit dalaman, penyelaras persatuan bm & penyelaras inovasi dalam p&p. Tahun itu juga aku berjinak2 dengan sofbol peringkat MSSJ dengan ajakan kak Azwani...
Dan... pada akhir tahun lalu, aku disenaraikan menjadi salah seorang calon APC (Anugerah Pekerja Cemerlang). Menggeletar... Tak lena malam... Sebab aku tak suka bila orang yang tak tahu pasal keje aku..bercakap belakang seperti yang dialami oleh housemate aku bila diumumkan sebagai calon APC. Esoknya, aku berjumpa dengan GPK dan bertanya "kenapa saya?" hahahha... Aku memang target nak mendapat anugerah itu..tapi bukan dalam masa yang singkat...
Dalam hati berdoa... "Harap2 orang tak tau la aku dicalonkan.. lagipun bukan terus dapat..kan calon aje"... Dan tahun 2010 aku tinggalkan dengan penuh kenangan
bersambung...