Wednesday, October 13, 2010

Hanya Tuhan Yang Tahu


Seseorang pernah hairan tentang kehidupan aku.. katanya..


Dia : Eja..tengok ko hepi2 je... ko mesti tak pernah hadapi masalah kan..


.


Aku : Kenapa pulak???


.


Dia : Yelah.... family ko orang senang.. .. adik beradik ko semua berjaya.. dah la gitu.. ko pon steady je....


.


Aku : Family aku biasa2 je..pepandai je ko eh... pasal aku tu.. rezeki Tuhan nak bagi la beb


.


Dia : ..... Ahhh... sudahla... aku ni dtg dari keluarga susah.. adik beradik selalu bergaduh.. ayah aku lumpuh lak tu.. isk.. kenapa la dugaan tu kene bertimpa2 kat aku dengan keluarga?? kenapa Tuhan tak duga ko ngan family yang dah hidup senang? Kadang2 hidup ni tak adil..


.

Aku : (Marah) (Geram) Weiii..dengar sini!!! Dugaan Tuhan nak bagi..tak kira org tu kaya atau miskin.. Dugaaan yang ko terima tu..ko patut redha tempuhinya... Bukan doakan orang lain yang buruk-buruk.. Lagi satu..ko jangan ingat kami sekeluarga tak pernah hadapi dugaan.. Kami dah tempuh macam-macam dugaan.. sehingga la saat ni..masih ada dugaan yang kami tanggung.. Tapi orang tak nampak.. Hanya Tuhan yang tahu.. Cuma satu aku bangga.. dugaan la yang mengikat ikatan kasih kami sekeluarga..


.


Aku tinggalkan dia.. terkulat2... 


EjaLiza

Saturday, May 29, 2010

Award



Aku dapat award ni dari dia.





Tqvm!


EjaLiza

Saturday, April 10, 2010

Sad Story

Heard a sad story yesterday.

Life is often very funny.
Those people who are not married wish to get married.
Those who are already married, want something else.


We all dream about living happily ever after with our love one.
Now I realised life isn't a fairytale.


Yesterday I cried when she need my shoulder to cry on.
I hope that you will be fine soon.
The fact is hard to accept but I hope that you will be tough and back to your normal life soon.


Nothing much that I can do except for giving you moral support.
My sincere thoughts and prayers are always with you.
When it is too hard to hide your tears, then never mind..
I will always be there for you.

Friday, April 9, 2010

Gila Gila Friends



Hari ni aku nak bercerita pasal gilafriends. Semua orang asek duk tanya aku.. gilafriends tu apa? Gilafriends? kihkihkih.. ni adalah perkataan yang selalu disebut dalam lecture Prof Rasid atau lebih dikenali dengan panggilan "En. Api"..(hanya kita-kita je tau hokeyy..hahha). Oleh sebab perangai kami memang gila-gila..so kami dengan rela menggelarkan diri kami sebagai gilafriends..Selain aku..aku akan perkenalkan mereka satu persatu..



Yang paling nakal dalam gilafriends ni..of course la cik emma kita nih..

kalau bab usha orang sana-sini, serahkan je pada dia.. blind date jangan cetita..fuh.. hebat..hebat.. aku yang skema budak baik kat segamat..leh jadik nakal bila kawan dengan dia nih..hahhaha..tapi dia ni ada masalah nervous bila jumpa mamat2 hensem..Asal jumpa je..CONFIRM kaki dia leh tersadung batu..cuma tak tahulah dia memang jatuh betul2 atau sengaja buat2 jatuh nak attention mamat2 tuh.. Tu belum lagi kisah nakal dia kalau chatting ngan lelaki...ada ka patut dia boleh bagi no phone cik rozi kat mamat tu..kihkihkih...sian rozi ingatkan sapa la NELAYAN yang asek duk call tuh..



Ahli gilafriends yang kedua..bernama cik rozi or gelarannya tipah

cik rozi ni satu-satunya ahli gilafriends yang bersuara nyaring..kalah ziana zain uolss..haha.. kalau dia suka,takut, or cemas..anda kene lihat pada bahagian tangannya., tangan dia leh jadi macam ikan mengelupur (pinjam kata-kata firdaus, x-classmate). Selalu menjadi mangsa kenakalan cik emma dan kami semua terutamanya kes NELAYAN. Hobi dia nih masa di shah alam tak lain tak bukan menunggu call dan kad good luck 'exame' special dari si dia yang berkerja di TNB.. wow..cinta sejati beb.. buktinya..bila berdepan dengan kes JONED, orang pertama yang dia call..cik abang TNB dia tu lah..hihihi.. (dan depan PC mesti dia kata..kejiiiiiiiiiiiiiiiiii.. kihkih..ampun)



Yang paling orang nampak pendiam..alim..tapi sebenarnya nakal nauzubillah.. hihihi..cik nab kita sorang nih..





Nab memang dah agak rapat dengan aku since kat segamat.. orangnya nampak pendiam tapi sebenarnya nakal habis..perahsia..tapi dengan mudah penyiasat emma dan penyiasat nurul membongkar segala misteri.. kihkihkih... "ain..ain..kamu memang tak boleh menyimpan rahsia dalam buku..pasti ketahuan dong sama orang". Catat gilafriends book of record bila jadi orang pertama yang boleh menenung gambar TNB paling lama..tahniah nab..kihkih.



Dan..master mind antara kami .. mestilah cik..oppsss..puan nurul...



Paling tua antara kami..tapi paling comel.. dialah sifu kami..sebab tu dia sorang je dah kawen.. dah ada anak dah pon..hihihi..memang ratu air mata sama si rozi.. kalau menangis..sebaldi air mata pon leh tadah...mudah pecaya orang (heheheh..abang J), dan tabiat dia..suka baling barang especially henpon..antara kami, dialah sorang yang suka keluar breakfast sambil bawak buku nota.. (ampun kak..)smart tapi kadang kala tak berfikir panjang.. orang yang buat aku malu berada di UM..perghh..hehe
.

Hahaha..tu masa dulu-dulu..sekarang semua ada life masing-masing.. tapi hopefully kenangan bersama tak dilupa k..Miss uolss..muahhh..muahhh




Monday, November 16, 2009

:Help me..stress banget:

Hmmmm...aku tak tau la nape. Sejak akhir2 ni aku jadi stress memanjang... Depan orang cover macho...tapi bila duk bilik sorang2, mengalir gak la air mata aku nih...

Punca & permasalahan pon kadang2 benda2 yang remeh je sebenarnya. Sensitif menjadi-jadi lak tu.. Lately ada je orang yang nak sakitkan ati aku..depan orang tu aku masih leh senyum...tapi bila layan blues sorang2 aku tak mampu nak menipu diri sendiri.

Kat sekolah pon tengah banyak keje... Kadang2 dah plan baik2..tapi hari khamis / jumaat baru dapat tahu kene sekolah hari sabtu. Isk...

Tapi stress2 aku pon, tak kurus gak..hahhaha... Makin banyak makan ada la

Saturday, October 31, 2009

Jemputan Umrah

Aku bertaubat kepada Mu Ya Allah..Aku bertaubat kepada Mu... Aku menyesal terhadap apa yang telah aku lakukan sepanjang hayatku. Dan aku berazam bahawa aku tidak akan kembali berbuat dosa yang Engkau murkai.



Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui rahsiaku yang tersembunyi dan dan amal perbuatanku yang nyata, maka terimalah ratapanku. Engkau Maha Mengetahui keperluanku, kabulkanlah permohonanku. Engkau Maha Mengetahui apa yang terkandung dalam hatiku, maka ampunkanlah dosaku. Aku memohon kepadaMu iman yang kekal di dalam hati, keyakinan yang sungguh-sungguh sehingga aku dapat menerima bahawa tiada suatu yang menimpa aku selain apa yang telah Engkau tetapkan kepadaku.

Ya Allah, kurniakanlah aku rezeki agar aku dapat kembali ke rumah Mu. Janganlah Engkau jadikan masa ini masa terakhir untukku. Namun jika ianya adalah terakhir, maka gantikanlah syurga untukku. Amin



Tuesday, August 11, 2009

Konvokesyen KPLI

Konvokesyen KPLI di IPGM Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat


Masuk kali ni, dah tiga kali aku merasa diraikan sebagai graduan...Konvokesyen KPLI aku diadakan pada 28hb Mei 20009, iaitu 2 hari sebelum aku berangkat ke Madinah.

Konvo kali ni aku tak rasa excited langsung. Maybe sebab dah penah rasa 2 kali. Satu lagi sebab di saat-saat getir (konvo + persiapan nak pegi umrah) aku terima lagi call dari sekolah. Kalau ikut hati, nak aja aku off handset sebab SAPR16 tu aku dah bagi awal2 pada penyelaras peperiksaan. Tapi dia yang lupa nak bagi kat ketua penyelaras. Pening betol masa tu.


Geng-geng rapat & sengal

Satu-satu perkara yang paling membuatkan aku happy ialah dapat jumpa balik dengan kawan-kawan seKPLI. Ada yang dah nak kawen, ada yang dah bawak perut & ada lagi yang masih sengal-sengal ubi macam dulu..hahahha...

Aku just bawak badan je gi konvo hari tu. Lupa nak bawak kamera..hahaha..so, kredit to kak lea sebab ada jugak snap gambo aku...Nilah beberapa gambar yang sempat aku ambil dari kak lea...

Sengih je la


Tak sangka aku boleh rapat dengan anak cikgu Eton ni...Jadi rumet lagi


Entah bila dapat berjumpa lagi :(