Saturday, December 24, 2011

Happy + Sedih

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... isu perpindahan aku selesai juga akhirnya... Perasaan? Mestilah happy selepas tergantung tak berkesudahan... Aku jadi tertekan bukan sebab aku tak suka sekolah tu, tapi aku cuma nak tau status aku..kekal atau pindah. Tapi bila dah selesai ni, aku dah tak mahu kenang 'tempoh sukar' tu...
Tapi dalam masa yang sama, tipu aku kata kalau aku tak sedih... Sedih sangat-sangat tinggalkan sekolah yang banyak beri pengalaman berguna pada aku... GB yang beri kebebasan dalam mencorak kerjaya di sana, barisan GPK yang senang dibawa berbincang, juga sedih bila kenangkan kawan-kawan kat sana..yelah..dah 3 tahun lamanya... Housemate juga bakal dirindui.. Lepas ni tentu dah jarang dengar celoteh si fieda & kak Z...

Orang asyik tanya, kenapa nak pindah? Enjoy hidup selagi bujang kata mereka... Tapi bagi aku, sebab aku bujanglah aku nak ambil peluang ni jaga mak dan ayah... Agar aku dapat berbakti selagi mereka ada. Andai kata aku berkahwin satu hari nanti, mesti aku akan ikut suami lepas tu... Hmmm... terpulang pada persepsi individu... :)

Apa pulak nasib di sekolah baru..gerun jugak... Ramai 'cikgu-cikgu' aku dulu bakal jadi rakan sekerja... apapun, aku akan cuba lakukan yang terbaik ...