Friday, February 18, 2011

I'm officially 29! Alhamdulillah...Syukur

Semalam, 17hb Februari 2011
Saya dapat 1 sms dan 1 call yang wish birthday saya... Kedua-duanya tersalah tarikh...ingatkan semalam adalah 18hb... Yelah.. orang sibuk keje mengira duit je...dah lupa tarikh agaknya... hahaha


Hari ini, 18hb Februari 2011

Sms & call bertalu-talu + wishes diterima di facebook... terima kasih semua atas ingatan & doa kalian. Sedih pulak rasanya bila dah menginjak usia 29 tahun... Dah tua rupanya padahal dalam kepala ingat masih 25 tahun... hahaha...perasan!

Alhamdulillah....
Aku masih mampu bernafas
Degupan jantung masih dapat dirasai 
Darah ini masih mengalir deras
Dan hingga saat ini, aku masih diberi peluang untuk merasai nikmat yang Engkau pinjamkan...

Terima kasih ya Allah.. terima kasih...
Jadikanlah aku hambaMu yang taat...


Saturday, February 5, 2011

Pandangan Berbeza Lelaki-Wanita

Satu kejadian di bilik guru...

Seorang rakan guru perempuan (A) bertanya sesuatu kepada saya... 

Dengan beberapa cadangan solusi, saya cuba membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya...

Beberapa minit kemudian... 
Datang pula seorang rakan guru lelaki (B) ingin berbincang tugasan dengan saya...

Kesempatan ini diambil oleh (A) untuk bertanya si (B) cara menyelesaikan masalahnya...

(B) memberikan solusi yang hampir sama seperti yang saya cadangkan...

Mereka berbincang...

Saya diam... memerhatikan mereka... Tiada apa yang pelik!

Si (A) berlalu selepas puas hati dengan cadangan yang diberi saya dan (B)...

Si (B) memandang kembali kepada saya... terus berkata...
"Eiiii...geli la... meremang bulu roma"

Saya? Gelak "setan" lepas tu...selepas faham apa yang (B) maksudkan...


*Terfikir... begitukah agaknya pandangan lelaki terhadap perempuan yang manja?




EjaLiza

Wednesday, February 2, 2011

Yuhuuuu... Dapat angpow

Xin Nian Kuai Le!

Teruja aku bila masih lagi dapat angpow daripada jiran-jiran terdekat



Dan isinya pulak...


Dan semua ni kene di share antara aku, ariff, adik & aimy... Along dah di kick out dalam list penerima since dia dah kawen... hahaha... sebab menurut adat orang Cina, "once you're married, you are not entitled to get angpow"... Sorry lor!


EjaLiza

Tuesday, February 1, 2011

Projek CNY

Yayyy.. CNY cuti 1 week!

Suka? Hmmmmm....

Nama je cuti seminggu... Tak macam cuti pon... banyak projek yang kene dibuat masa cuti ni... Hopefully before Wednesday - 2nd February, everything boleh settle...Leh berjalan sakan pastu...

Walaupun aku Ketua Panitia / Penyelaras, tapi aku rasa lebih senang kalau aku maintain bende2 ni sendiri... bila ada program, baru la aku libatkan cikgu2 lain... Prinsip aku senang.. "Aku je faham apa yang aku nak, kualiti kerja apa yang aku nak capai"...

Okey..ni projek yang aku kene buat masa cuti ni :

1. Aktiviti : Dokumentasi 1st Meeting Panitia KH
    Status : 100% complete



2. Aktiviti : Dokumentasi 1st Meeting Unit Keceriaan
    Status : 40% complete - 60% WIP
    *update 1st Feb 2011 @ 6.30 pm* Status : 100% complete



3. Aktiviti : Pelan Strategik/Taktikal/Operasi/SWOT Analisys Unit Keceriaan
    Status : 0% complete -100% WIP
   *update 1st Feb 2011 @ 6.30 pm* Status : 100% complete 

4. Aktiviti : Dokumentasi 1st Meeting Inovasi Dalam P&P
    Status : 20% complete - 80% WIP



5 : Aktiviti : Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk Keceriaan Bengkel KH
     Status : 100% complete


Special request from my supermom
Aktiviti : Pelan Strategik/ Taktikal/ Operasi Panitia Kajian Tempatan SKSR 2011
               Status : 100% complete


*Hampir pengsan ni...hihihi*

EjaLiza