Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui rahsiaku yang tersembunyi dan dan amal perbuatanku yang nyata, maka terimalah ratapanku. Engkau Maha Mengetahui keperluanku, kabulkanlah permohonanku. Engkau Maha Mengetahui apa yang terkandung dalam hatiku, maka ampunkanlah dosaku. Aku memohon kepadaMu iman yang kekal di dalam hati, keyakinan yang sungguh-sungguh sehingga aku dapat menerima bahawa tiada suatu yang menimpa aku selain apa yang telah Engkau tetapkan kepadaku.
Ya Allah, kurniakanlah aku rezeki agar aku dapat kembali ke rumah Mu. Janganlah Engkau jadikan masa ini masa terakhir untukku. Namun jika ianya adalah terakhir, maka gantikanlah syurga untukku. Amin